Mengenai Markaz Al-Masyrob As-soofii

KENYATAAN VISI, MISI, OBJEKTIF DAN NILAI

VISI

Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jemaah.

 

MISI

Menyediakan Pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

 

OBJEKTIF

Objektif dan matlamat kami adalah untuk melahirkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali

  • Mengamalkan Rukun Islam dengan kesungguhan

  • Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam penghidupan

  • Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi.

 

NILAI

Kami percaya bahawa setiap warga kerja MMS mampu dan ingin menyumbang secara berkesan kepada kerjayaan organisasi. Sehubungan dengan ini, dalam semua urusan, kami menghayati ciri-ciri berikut:

  • Fokus Pelanggan

Kami komited untk menjalin hubungan baik dengan semua waris dan para pelajar sebagai rakan-rakan sepanjang hayat. Kami menghormati setiap dari mereka sebagai individu yang penting dan mempunyai keperluan tersendiri.

  • Pembangunan Warga Kerja

Kami berusaha mewujudkan suasana kerjaya yang membuka peluang kepada setiap warga kerja kami untuk mengoptimumkan potensi diri.

  • Kerja Berkumpulan

Kami yakin dengan budaya kerja secara berkumpulan dengan semangat bergotong-royong. Kami menghargai segala sumbangan dari setiap warga kerja, waris, dan pelajar.

  • Inovasi

Kami beriltizam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan kami dari pelbagai segi secara berterusan. Kami akan mamastikan sebarang bayaran yang dikenakan adalah wajar dan berpatutan.

Lembaga pentadbir Markaz Al-Masyrob As-soofii

Dr. Ustaz Kamsari Bin Sanuh

Pengetua

Azhar Mohammed

Pegawai Kewangan

Salina Ahmad

Pegawai Admin

Markaz Al-Masyhrob As-Soofii (MMS)

Blk 349 Jurong East Ave 1 , #01-1211 (Level 2) Singapura 600349 

@2018 Design by Caligrafia Services